FOLLOWER

Thursday



Kenapa aku nak jadi ..........

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi baca entry kali nie. Yeah dah lama sebenarnya aku tak update blog, maybe sebab takade mood nak buat karangan atau rumusan dekat blog nie. Hahaha. Okay sekarang dah masuk bulan 2 bagi tahun 2013, and sekarang dah 8Feb.

Aku tak tahu kenapa lepas je minggu last SPM tahun lepas aku susah nak tidur. Kepala otak aku nie asyik terpikir pasal result SPM yang tak lama lagi akan keluar iaitu pada bulan 3. Hmm siapa tak risau, even kita dah buat yang terbaik pun apa-apa boleh berlaku dengan result tu nanti. Aku tak mintak straight A sebab aku tahu kemampuan aku, tapi kalau itu takdirnya aku bersyukur sangat. Cukuplah sekadar result nanti dapat bantu aku untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minat iaitu "Medical Assitant". Setiap malam sebelum tidur aku akan berdoa kepada Allah agar result aku nanti dapat bantu aku capai apa yang aku impikan.

Mungkin ramai yang tertanya kenapa aku nak sangat jadi "Medical Assitant". Aku sendiri tak tahu kenapa! Masa kecik dulu aku pernah bercita-cita nak jadi doktor. Lepas tu nak jadi jururawat and now medical assitant ataupun dalam bahasa melayunya adalah pegawai pembantu perubatan. Dulu aku selalu cerita dekat mak aku yang aku nak jadi jururawat, aku suka tengok darah, aku suka pergi bahagian kecemasan, aku suka tengok luka. Mak aku sendiri kadang-kadang pelik dengan aku sebab orang lain takut tapi aku suka. Then mak aku cakaplah "Daripada jadi jururawat baik jadi medical assitant. Bermula dari situlah aku nak jadi medical assitant.

Dekat sekolah daripada aku jadi pengakap sekolah aku berubah unifrom pergi ke PBSM sekolah. Ramai cakap "Apa barang jadi PBSM sekolah". Tapi bagi aku tak semua orang boleh buat apa yang PBSM sekolah buat. Sepanjang aku jadi PBSM sekolah dah lebih 3 kali aku bertugas untuk beri bantuan kecemasan ketika sukan tahunan, merentas desa dan sebaginya. Aku dah ade pengalaman bagaimana nak sedarkan orang dari pengsan dengan cara yang betul, aku dah ade pengalaman kene maki dengan budak sebab tak tahan sakit. Aku pernah ade pengalaman bau ketiak budak lelaki melekat kat baju aku. Even terasa penat berlari sana sini, angkat budak pengsan dan krem tapi aku enjoy buat kerja tu. Itu semua kenangan bagi aku, dan aku terasa sangat happy bila dorang cakap 'Terima Kasih sebab tolong".

Then aku lebih suka tengok cerita yang berkaitan dengan perubatan, pemedahan, doktor dan sebagainya. Dekat sekolah pun ade cikgu yang panggil aku "Awakkan pembantu perubatan saya". Hahaha, setiap kali orang cakap macam itu aku akan aminkan dalam diam. Sebab bagi aku setiap percakapan itu adalah satu doa. Dan kerja yang melibatkan berjumpa dengan orang ramai nie memang mempunyai banyak cabaran dari segi emosi dan fizikal terutama berhadapan dengan orang yang sakit. Yelah orang yang sakit nie emosi kadang-kadang tak betul, asyik nak marah orang je. Disebabkan itulah aku minat kerjaya nie, yelah bukan semua orang boleh buat taw.

Then kalau boleh aku nak sambung belajar dekat bawak PPUKM. Sebab mak aku kerja situ, dan PPUKM inilah yang membuatkan aku bercita-cita nak jadi medical assitant. Mana-mana hospital yang aku pergi tak sesebok PPUKM. Ade orang pernah cakap "kau tak kerja lagi memang kau tak rasa kepenatannya". Bagi aku tak ade kerja yang tak penat. Even kita duduk rumah pun terasa penat juga. Suasana di PPUKM yang buat aku tertarik untuk menjadi medical assitant. Kalau kita kene maki atau kene marah sekali pun dengan orang yang sakit tapi bila mereka cakap 'Terima Kasih" pasti kita rasa happy. Yelah kerja kita dihargai oleh orang.

2 tahun lepas arwah nenek aku dimasukkan ke dalam wad di hospital putrajaya selama beberapa bulan. Arwah nenek aku nie menghadapi masalah luka yang sangat besar di bahagian punggung. Di sana, aku pernah bantu jururawat tukar lampin nenek aku. Masa tu aku beragan jadi jururawat, hahaha. Macam-macam aku buat dekat sana. Daripada situ aku dapat pengalaman yang ade kaitan dengan cita-cita aku.

Orang tua pernah bercakap "Jangan terlalu mengharap takut terluka". Yeah aku terlalu berharap dan aku terlalu takut terluka. Tapi aku yakin dengan Allah. Aku dah buat yang terbaik, aku dah usaha. Sekarang aku bertawakal dan berdoa agar result aku nanti dapat membahagiakan aku serta keluarga aku. Korang yang baca nie, doakan juga okay :) Selamat Malam



Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam