FOLLOWER

Monday

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada yang sudi membaca hahaha okay sebenarnya dah nak dekat setahun jugaklah aku tak update blog gua nie hm yelah faham faham jelah sejak masuk prau nie makin banyak pulak keje nak kene buat so boleh dikatakan harini gua nak ceritalah pengalaman apa yang gua dapat sepanjang jadi pelajar prau. So let's go ......

Alhamdulilah 22/05/2014 haritu tamat dengan rasminya gua punya penggal kedua stpm and hilanglah segala stress yang gua simpan selama 5 bulan tu hahaha. Baiklah mungkin ramai nak tahu stpm nie susah ke senang? Hm bagi gua tak susah dan tak senang haaaa sbb stpm nie kalau masa exam kita kene jawap 99.9% betul takada nak main teka teka or 'ikut logik' hahaha. Aku tengok budak kelas gua yang score semua dorang jenis cepat menghafal so mungkin itu satu kelebihan untuk dorang score stpm. Aku nie bukan tak boleh hafal tapi itulah cuma MALAS bebenor LOL. Tapi aku bersyukur jugalah sbb famili aku terutamanya mak dan abah gua selalu juga support gua masa mood gua down or apa-apa yang gua mengadu pasal stpm dorang tetap bagi semangat dekat gua hm. Then aku bersyukur dapat kawan-kawan prau yang banyak membantu gua dalam belajar and most important dekat sekolah adalah tunjuk ajar cikgu-cikgu prau. Mereka semua tak pernah penat nak ajar kami semua even ada yang still dapat F for paper yang dorang ajar hahaha. Boleh dikatakan dorang selalu bagi semangat dekat kita orang semua contoh yang gua boleh bagi adalah cikgu faridah yang ajar gua sejarah, kalau gua merapu jawap paper sejarah dia tetap tulis 'hilmi teruskan usaha, yakin awak boleh' haaa nampak tak? Yeaa mungkin sbb kami semua jelah anak-anak mereka dekat sekolah tu so sedikit sebanyak dorang pun rasa bertanggungjawab nak tengok kami semua berjaya and mereka je faham erti kesusahan yang kami lalui sepanjang jadi budak prau :)) Haaa tak lupa cikgu kelas gua and cikgu paper pp gua cikgu saadah even gua tak pernah nak dapat A untuk paper pp tapi gua tekad nak dapat juga untuk penggal 3 nie sbb gua rasa pp tak adalah susah mana cuma disebabkan gua nie pemalas nak baca and menghafal tu yang tak pernah nak A hahahha dia always faham anak anak ppu2b nakal kami, degil kami dah sebati kot dengan dia hahaha.

Sepanjang gua jadi pelajar prau nie banyak bende baru yang gua belajar. Firstly jadi peserta forum haaa even gua tak ada pengalaman langsung tak disebabkan sokongan syahirah gua tetap buat hahaha. Entah apa yang aku mengarut masa buat forum dengan budak sem1 pun entahlah tuptup dapat forum terbaik LOL. Alhamdulilah itulah pengalaman yang aku tak pernah dapat sebelum nie. Lepas tu sekarang aku lebih yakin untuk bercakap di hadapan khalayak ramai sbb sepanjang jadi pelajar prau nie boleh dikatakan hampir semua subjek mesti ada buat perbentangan so dari situlah aku perbaiki cara aku bercakap dan menjawab soalan ketika perbentangan. Then gua sekarang dah tahu mcm mana nak buat 'kajian ilmiah' masa dekat universiti nanti sbb pbs stpm banyak sangat ajar gua buat bende baru yang gua tak pernah buat sebelum nie. Walaupun pada awal pendaftaraan prau dulu gua rasa nak berhenti tapi disebabkan berkat doa dan tawakal gua memohon kepada ilahi untuk kuatkan semangat akhirnya kini gua dah nak masuk sem3. Gua yakin yang sem3 lebih mencabar dari sem-sem sebelum nie. Tipulah kalau kita tak cemburu bila tengok kawan-kawan dapat masuk universiti en so insyallah ada rezeki dan usaha adalah aku dekat sana nanti. 

sebenarnya banyak bende aku nak cerita tapi entahlah rasa mcm tak terluah dekat sini hahaha sbb banyak sangat pengalaman baru yang gua dapat. Haaa gua nak ucapakan goodluck kepada semua student stpm batch95 terutamanya yang kene buat pbs sem3 kali nie hahaha. Semoga tabah menghadapi stress sepanjang nak siapkan pbs tu ye kahkah



Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam