FOLLOWER

Tuesday

assalamualaikum dan salam sejahtera. Okay sebenarnya aku dah lama tak buka blog nie tapi malam nie terdetik hati nak berkongsi cerita dan berharap dapat petua untuk mengubati penyakit yang ku alami sekarang. Hm boleh dikatakan dari tahun lepas bulan hujung bulan 11 aku kene penyakit cagu. Bagi yang tak tahu cagu tu sejenis penyakit yang amat sakit kalau kene hahaha. Cagu akan berlaku bila kita potong kuku kaki terlalu pendek dan sebagainya yang berkaitan dengan kuku. Kalau nak tahu lebih lanjut mohon google please hahaha malas pulak aku nak terangkan satu persatu tapi apa yang aku boleh katakan penyakit cagu nie memang sakit yang teramat.

dah bermacam-macam cara aku buat untuk bagi elok tapi entah makin lama makin teruk sampaikan dah start bernanah dan berdarah. kalau aku terlanggar batal pun sakit dia kemain apatah lagi kalau aku terlanggar bende keras memang satu rumah boleh dengar aku menjerit dan jujurku katakan airmata pun boleh mengalir beb kalau terlanggar bende keras or ada orang terpijak dan terlanggar. dan yang paling aku geram time nak belajar memandulah sakit nie datang yelah korang tahu jelah kalau berlajar kene pakai kasut so nak tak nak kene pakai juga. Hanya allah je tahu betapa sakitnya dan merananya aku menahan sakit sepanjang pakai kasut tu. And now dah start sekolah balik so kene pakai kasut tapi aku pakai 2 hari je sbeb aku tak tahan kene bucu stoking dan kene kasut. So sekarang boleh dikatakan seminggu aku tak pakai kasut alhamdulilah nampak sedikit perubahan.

Bila aku baca entry blog yang lain semua ade cara yang tersendiri untuk hilangkan cagu dan yang tak boleh bla suruh kencing dekat cagu tu pun ade hahaha. Mungkin cara yang terbaik adalah jumpa doktor tapi jujur aku cakap aku lebih sanggup tahan sakit dan guna cara tradisional daripada jumpa doktor. Dahlah kaki aku sakit pastu nak suruh doktor tu cabut kuku kaki gua? hahaha memang idaklah jep silap silap doktor tu kene teranjang dengan aku lol hahaha.

Sekarang aku guna tradisional iaitu letak inai. Hm alhamdulilah nampak sedikit perubahanlah mcm nanah makin kurang dah bengkak makin kurang. then aku tak pakai selipar tapi pakai sandal sebab taknak bagi kaki aku rasa sakit dan sebagainya. Aku takakan pakai kasut sampailah aku rasa kaki aku dah elok sebab bila pakai kasut nanti kaki aku akan keluar nanah dan darah so itu akan mengakibatkan kuman so makin bertambah teruk nanti. masalah aku sekarang adalah kaki lebam sebab ade nanah, kalau misalnya takade dah lama aku buang kuku tu tapi disebabkan ade lebam  aku tak berani nak buat sebab sakit kemain.

aku bagi tempoh dalam sebulan nie je kalau misalnya tak elok juga memang kene pegi kliniklah jawabnya bagi doktor cabut. Tapi itupun aku kene pikir banyak kali sebelum pegi hahaha. So aku berharap sangat sakit nie akan beransur pulih. Insyallah :))
Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam