FOLLOWER

Friday

Pada 16 Ogos yang lepas aku ade update pasal pemergian sahabat baik-ku untuk selama-lamanya. Sudah 3 minggu arwah meninggalkan kami. Ya allah rindunya aku dekat diaa :( Sekarang aku dan aqila tengah menduduki periksa percubaan sijil pelajaran malaysia 'SPM'. Meja exam arwah tidak jauh dari meja exam aku hanya selang beberapa baris sahaja. Kadang kadang aku seolah-olah nampak arwah menjawab exam. Secara jujurnya bukan senang untuk aku menerima segala perkara yang berlaku. Tapi aku kuatkan jugaa untuk percaya dan redha dengan ketentuannya. Macam biasa setiap hari jumaat sekolah aku ade buat bacaan yassin, hati aku tersentuh bila aku rasa lain bila bace bersendirian. Selama ini arwah selalu bersama untuk bace yassin bersamaku. Tapi kini semuanya telah berubah. Banyak sungguh kenangan aku bersama arwah di sekolah. 

Kadang kadang aku rasa marah bila dengar kawan sekelas permainkan pemergian arwah. Adakah mereka tidak mempunyai perasaan? Walaupun hanya suka suka tapi pikirlah kalau orang yang rapat dengan arwah dengar. Semua yang aku buat dekat sekolah yang berkaitan dengan pengawas aku rasa lain dan setiap kali itulah aku akan teringat dekat arwah. Aku betul betul rindukan arwah, aku tak tahu nak luahkan dekat siapa. Rinduku terubat melihat gambar gambar bersama arwah. Ya allah, kau kuatkan lah semangat-ku ini untuk menempuh dugaanmu ya allah :)

Aku selalu tersenyum sebab nak mengubati kesedihan di hati. Mungkin benar kata ustazah, Allah nak menguji kita dengan mengambil orang kita sayangi buat selama-lamanya. Tiada lagi yang dapat mengantikan tempat arwah untuk menjadi sahabat baikku. Sekarang aku amat memahami perasaan mereka yang kehilangan orang yang mereka sayang. Jodoh maut ketentuan Allah, kalau ditakdirkan aku mati aku nak jasad ku ditanam berdekatan dengan kubur arwah. 

"Ya, Allah kau ampunkan segala dosa-dosa Mohd Hafizul Asraf Bin Mohd Nizam. Kau tempatkan beliau bersama orang orang yang beriman" Amin :')


Al-Fatihah :')


Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam