FOLLOWER

Friday

16 OGOS 2012

Tarikh yang tak akan aku lupakan sampai bila bila. Aku kehilangan seorang sahabat yang amat baik. Seorang rakan tugas yang baik. Seorang sahabat yang sering membuat sahabat rapatnya ketawa. Siapa yang tidak terkejut bila di beritahu sahabat yang selama ini selalu di depan mata kini sudah tiada. Aku sangat terkilan kerana sejak akhir akhir ini aku jarang menegur arwah. Hari terakhir aku menegur arwah pada hari rabu hari itu. Banyak sangat perubahan pada diri arwah. Beberapa minggu arwah sering mendiamkan diri. Sampai kadang kadang aku tertanya-tanya kenapa 'Pijo' nie asyik diam je. Persoalan yang selama ini tertanya-tanya dalam diriku telah terjawab. 

Allah lebih sayangkan dia. Arwah sangat disayangi oleh keluarganya, guru-gurunya dan sahabat sahabatnya. Aku di beritahu berita pemergian beliau pada pagi tadi waktu sahur. Hanya Allah je tahu betapa terkejutnya bila mendengar berita tersebut dan seakan-akan tidak percaya apa yang telah berlaku. Air mata aku tidak berhenti-henti mengalir. Wajah arwah terbayang-bayang, suara arwah tergiang-giang di telingaku. Aku, kak rosezetty,kak syahida,aqila pergi ke rumah arwah pada pukul 7.00 pagi. Aku bertambah sedih bila melihat kawan kawanku menangis. Ya Allah, sebenarnya aku masih dalam keadaan tidak percaya. Selama ini kami membaca yassin bersama tapi kini kami membaca yassin untuk arwah. 

Tanpa perasaan jemu aku menunggu jenazah arwah datang. Selagi aku tidak melihat wajah arwah buat kali yang terakhir hatiku tidak akan tenang dan tidak percaya. Beberapa jam menunggu jenazah arwah telah sampai di perkarangan rumah beliau. Hatiku mula berdebar-debar, aku rasa lemah bila melihat van jenazah. Semuanya terjawab bila aku melihat dengan mata aku sendiri wajah arwah buat kali terakhir. 

Dalam kenangan Mohd Hafizul Asraf Bin Mohd Nizam


 Al-Fatihah :'(



Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam