FOLLOWER

Wednesday

Assalamualaikum kepada semua yang sudi bace entry aku kali nie. Apa khabar anda disana? Sehat? Kalau tak sehat pergi klinik yang berdekatan untuk mendapat nasihat doktor. Baiklah aku rase aku dah mula nak merepek, ayuh aku mulakan cerita yang ingin aku ceritakan :)

20/4/2012 - 22/4/2012

Baiklah nampak tak tarikh yang kat atas nie? Untuk pengetahuan semua Kami Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah pergi ke kem kepimpinan di Hutan Simpan Air Hitam, Puchong. Mula-mula aku agak excited jugak nak pergi kem nie yelah sebab tahun nie aku tahun akhir so selepas nie bukan senang untuk merasai kem macam nie. Kami bertolak dari sekolah pada pkul 4.40 petang, dan sampai pada pukul 5.30 macam tulah, tak ingatt dahh -.-

Sampai sahaja di sana, kami perlu berjalan sampai ke tempat tapak perkhemahan tersebut. Sampai di tapak perkhemahan aku terus mendaftar dan tengok aku berada di kumpulan mane. Aku dimasukkan di dalam kumpulan 5 dan fasi aku adalah akak zuraidah atau panggilan manja untuk die adalah BeBe :D Mase kita orang sebok dok berborak tiba-tiba abang isma duk menjerit suruh beratur. Agak terkejut jugak sebab aku rase macam dekat kem askar dahhh dohhh :-> Aku bukan nak cakap apalah, abang dan akak fasi kat situ lagy garang dari cikgu displin sekolah aku sendiri.

Macam-macam aktiviti yang menarik dan peraturan yang baru diperkenalkan kepada kami semasa disana. Okay mesti korang nak tahu apa peraturan yang menarik tu kan? Selalunyaa stokin mesti berada di dalam seluar right? tapi disana tidak stokin berada diluar seluar, haha serius kelakar gilaa bila diingat balik :) Disana kami dimarah, didenda dan paling best kita orang kene jawap soalan-soalan yang agak panas untuk dijwab sampai kadang-kadang aku rase macam nak sumbat je kertas dalam mulut dorang, stresss gilaa nak pikir jawapan untuk menjawab soalan mereka yang bertubi-tubi datang.

Tapi apa-apa pun aku rase sungguh bertuah sebab aku dapat sertai kem ini, sebab aku rase kem nie lain daripada yang lain. Kem ini banyak memberi kita orang input yang berguna untuk digunakan di sekolah. Bukan senang untuk menjadi seorang pemimpin. Seorang pemimpin kena sentiasa bersedia dalam apa jua situasi dan yang paling penting seorang pemimpin itu kene kuat dari segi fizikal dan mental. Rasa sedikit kecewa jugak sebab kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk meneruskan akitivit disana, tapii aku rasa bersyukur sebab dapat tamatkan apa yang aku mulakan :)

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada abang-abang fasi dan akak-akak fasi yang sudi menjaga dan sabar dengan kerenah kita orang. Terima kasih tak terhingga sebab tolong sayaa waktu saya sakit disana, saya sungguh terharu :'(  Saya doakan supaya suatu hari nanti kita dapat berjumpa kembali , AMIN :)














Inilah mereka yang berjaya buat kami berubah dan sedar dari mimpi :)

Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam