FOLLOWER

Saturday


Kenangan Pahit :(

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang sudi bace kenangan pahit yang tak akan ku lupakan dan dalam masa yang sama kenangan yang aku cuba lupakan sampai bila-bila. Korang tengok gambar dekat atas tu? Semestinya korang nampak seseorang sedang baring dan dibantu oleh orang di sekeliling. Baiklah aku akan cerita apa yang berlaku di sebalik gambar itu .

Kejadian itu berlaku ketika aku terlibat dengan kem yang baru baru nie aku pergi iaitu Kem Kepimpinan di Hutan Simpan Air Hitam,Puchong. Salah satu aktiviti dilakukan disana iaitu Wars game, game itu sangat seronok tapi apakan daya tibatiba bende yang tak diingini berlaku. Secara jujur aku tak pernah nak menyusahkan mane mane pihak. Ketika aku sebok berlari dan mencari bendera kumpulan aku, penafasan aku menjadi laju. Aku cuba control pernafasan aku untuk kembali seperti biasa tapi dada aku sakit yang amat dan tibatiba kepala aku pening dan aku jatuh di atas rumput. Mase tu hanya Allah je tahu apa perasaan aku sampai aku terlintas di dalam hati 'Adakah aku akan mati?'.Persoalan itu tiba tiba muncul. Aku hanya dengar suara orang sekelilingku, mase tu aku sungguh tak bermaya. Disebabkan keadaan aku mase tu agak teruk, ustazah nazila mengambil keputusan untuk membawa aku ke klinik yang berdekatan. Aku di angkat dan dimasukkan ke dalam kereta Abang afif.

Aku rase macam aku nie menyusahkan orang lain, pelbagai halangan untuk aku sampai ke hospital serdang. Aku kecewa , sedeh , sakit hati bila teringat kenangan nie. Sampai di sekolah, aku terasa hati dengan seseorang nie. Wahai sahabat, Aku tak pernah mintak aku sakit macam nie, kau boleh cakap sesuka hati sebab kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang. Kau tak tahu betapa peritnyaa bilaa orang kene ade penyakit yang susah nak diubati sampai makan ubat pun kadang-kadang dah muak. Bagi kau memang itu satu gurauan tapi gurauan tu jugak buat aku terasa hati. Ingatlah tak semua bende kita boleh bawak bergurau. Kadang-kadang aku rasa malu berhadapan dengan semua orang disebabkan bende nie.

Tapi apa-apa pun aku redha dengan apa yang berlaku. Aku yakin apa yang berlaku ini ade hikmah di sebaliknyaa. Amin :)


Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam