FOLLOWER

Sunday

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum kepada semua yang sudi bace entry kali nie. Tahun 2011 banyak mengajar aku matang dalam menyelesaikan masalah. Tahun 2011 jugak banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui, tahun ini adalah tahun yang aku rase paling mencabar sekali sebab masalah tak henti henti datang dan tahun nie jugaklah tahun yang pertama aku kerap jatuh sakit

Kini dah masuk tahun 2012, tahun yang bermakna bagi aku. Tahun ini adalah tahun yang akan menentukan masa depan-ku. Aku harap tahun nie lebih baik dari tahun tahun sebelum nie. Azam aku adalah untuk belajar bersungguh-sungguh. About cinta uhm aku rase hati aku dah tertutup untuk mencintai seseorang. Cukup-lah selama nie hati-ku selalu terluka

Aku nasihatkan janganlah kita terlalu mengharap Terhadap seseorang jika kita tak pasti sama ade die milik kita atau tidak sebab setiap orang berhak untuk memilih sesiapa sahaja untuk menjadi pasangan-Nya. Dan ingatlah jangan disebabkan cinta kita jadi orang yang tidak mempunyai akal fikiran. Berdoalah dan kuatkan hati :) Yakin bahawa jodoh maut semua di tangan ALLAH :)



Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam