Saya telah mengembara ke 'hujung dunia' mencari apa yang saya inginkan . Tapi kali pertama saya bertemu awak , hati saya telah bergitu riang gembira . Demi tuhan , saya tidak tahu mengapa . Tapi itularh kebenaran-Nya .
Setelah berapa lama kita berkawan , saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak . Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak . Dan saat saya begitu menyayangi awak .
Perasaan sayang saya berkelana mencari singahsana di hati awak . Nyata saya tak menemuinya . Awak campakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu saya selam . Di sana awak jugaklah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.
Saya sedih sangat bila awak cakap awak tidak boleh sayangkan saya seperti dulu . Apa salah saya sampai hati awak berubah begitu sekali ? Berkali saya memohon maaf kepada awak . Saya pujuk awak tapi awak tetap dengan keputusan awak .
Kenape awak begitu kejam ?
Kenape awak menghukum saya begini ?
Jadi selama ini siapa saya di hati awak ? Saya tahu , awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak
Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati ?
Siapa yang mengajar saya bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan ?
Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri ?
AWAK !!!
Awak mungkin jenis perempuan yang boleh di SAYANGI ramai orang berkali-kali . Tapi saya pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ade 'seseorang' . Seseorang yang betul betul saya SAYANGI .
Kita Hidup sekali , Mati sekali dan Menyintai sekali .
Melangkah pergi meninggalkan awak , telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada . Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak ... JANGAN SEKALI (!)
Bagaimana saya harus bencikan awak sedangkan setiap hari saya merindui awak , biarpun pada ketika awak berada di sisi saya . Di setiap saat saya mengingati awak . Seumur hidup ini saya akan menyayangi awak ...
AWAK ....
Sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak . Saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu . Kalaulah awak bertanya pada saya , sedalam mana perasaan sayangkan awak . Ini larh jawapan saya :
Kalau suatu hari nanti awak kehilangan suara , saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula . Meskipun saya waktu itu saya akan bisu selamanya .
Kalau suatu hari nanti awak kehilangan penglihatan , saya akan memberikan mata saya agar awak dapat melihat sayang saya biarpun waktu itu saya buta selamanya dan kalau suatu hari nanti awak kehilangan hati , saya akan memberikan hati saya agar awak dapat hidup selamanya . Meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini ..
Semuanya untuk awak ....
Seseorang pernah berkata , 'Jika kita benar-benar menyayangi seseorang , maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiannya . Kebahagiannya membuatkan kita bahagia'.
AWAK ....
Kerana saya menyayangi awakklah saya melangkah pergi , demi kebahagian awak . Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari selama ini . Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti SAYANG yang sebenar . Supaya suatu hari nanti , awak akan dapat mengetahui , bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya .
AWAK ...
Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita , saya tahu ade hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya . Saya jugak tak pernah kesal mengenali awak sekurang-kurangnya saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya .
Saya jugak percaya , andai benar kita ade jodoh , awak akan kembali pada saya .Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan tuhan dan kalau pun awak tak akan pernah kembali pada saya , saya percaya mungkin itu yang terbaik . Saya doakan awak bahagia dengan hidup awak .
IKHLAS ,