FOLLOWER

Tuesday


Entah kenapa , rasa yang selama ini cuba aku padamkan, ia kembali menerjah dalam hidupku .
 Aku baru ingin mencuba untuk hidup bersendirian . 
Aku ingin belajar untuk melupakannya . 
Dan aku hampir pulih daripada segala kesakitan itu, dan aku cuba bangkit daripada segala kekalutan itu .
 Aku suarakan rasa hati aku bahawa aku tidak lagi mempunyai sebarang perasaan terhadap dirinya .
 Aku mengaku pada rakan-rakan sekelilingku bahawa aku tidak lagi mencintai dirinya . 
Dan apa yang aku dapat ? Aku hampir mengecapi bahagia yang aku wujudkan sendiri tanpa insan bergelar kekasih di sampingku . 
Tetapi realitynya , tidak dapat aku nafikan lagi ! Hari-hari yang aku lalui terasa kosong ! Aku mungkin berpura-pura gembira , aku mungkin berpura-pura bahagia ! 
 Rasa ini pada waktu dan ketika ini benar-benar mencengkam jiwa . 
Puas aku cuba untuk menipu diri bahawa aku sudah tidak punya rasa sayang mahupun cinta terhadap dirinya . Tetapi hakikat dan realiti yang pasti dan nyata aku masih menyayangi dan mencintainya ! 
Adakah aku bodoh kerana masih menginginkanya !
 Adakah aku buta kerana masih mencintainya ?
 Dia kini telah menjadi milik orang .
 Hari-hari yang dilaluinya bahagia tanpa aku di sisi . Tetapi aku ?
 Tiada siapa yang mampu mengerti rasa di hati ini . 
Dari jauh ku berdoa agar kau dilimpahi kebahagian selamanya :(

Gendang gendut tali kecapi, sudah bace duduk diam diam